Selasa, 9 Disember 2014

Masirah - Muhammad Al-Durrah

Ingat lagi kisah berdarah di Netzarim? Kisah Muhammad Al-Durrah dan ayahnya Jamal Al-Durrah yang ditembak semasa pertempuran? Tak Ingat? Sudah lupa?
Muhammad Al-Durrah masih berumur 12 tahun ketika syahid ditembak Rejim Israel 14 tahun yang lalu. Peristiwa 30 September 2000 itu telah menggemparkan dan rakaman fotonya tersebar ke seluruh dunia.
Pagi itu Muhammad al-Durrah mengikut ayahnya keluar ke bandar. Malangnya tiba di satu persimpangan jalan di Netzarim, mereka terperangkap dalam pertempuran antara pihak berkuasa Palestin dan Israel yang sedang berbalas tembakan. Jamal cuba melindungi anaknya lalu berlindung dibalik tembok bangunan. Selama 45 minit jeritannya meminta pertolongan tidak dihiraukan. Muhammad terkena tembakan di kaki. Akhirnya Muhammad Al-Durrah terkorban di riba ayahnya setelah terkena empat tembakan peluru. Jamal juga cedera parah walaupun berjaya diselamatkan selepas menjalani rawatan kecemasan di Jordan.

Kejadian ini berjaya dirakam oleh jurufoto France 2 yang berjaya merakam 27 minit dari kejadian tersebut. Imej ini akhirnya tersebar ke seluruh dunia dan menjadi bukti kekejaman Zionis Israel.
Rejim Israel seperti biasa dengan berbeli-belit, mahu berlepas tangan. Berbagai tuduhan dilemparkan. Sehingga direka cerita bahawa tragedi itu hanyalah sebuah lakonan untuk menarik simpati. Yang peliknya ada juga yang percaya. Betapa besarnya pengaruh rejim Israel. Semua media memainkan propaganda jahat Zionis.
Sehingga kehari ini, peristiwa itu terus menjadi igauan ngeri buat keluarga Al-Durrah. Zionis mungkin lupa. Dunia akan lupa. Namun meraka akan sentiasa ingat. Mereka tidak akan lupa. Jamal Al-Durrah berkata, kematian anaknya tidak sia-sia. Muhammad al-Durrah syahid demi Al-Aqsa. Amal, ibunya menambah, perginya Muhammad adalah satu pengorbanan mereka untuk tanahair tercinta, Palestin.
Kisah di Netzarim ini turut diabadikan dalam album Phoenix Bangkit karya M Nasir.Lagu bertajuk Masirah ciptaan M Nasir dan lirik oleh S Amin Shahab cuba berkongsi rasa penderitaan sebuah bangsa. Kebetulan.
Sudah lupakah dunia akan kisah berdarah ini. Berapa ramai lagi Ad Durrah yang akan terkorban sebelum dunia berbuat sesuatu?
Suara duka angin Gazza
Gegar jantung bumi kita
Nyawa anak di hujung senjata
Tangisan bonda hanya sia-sia
Masirah anak al-Durrah
Netzarim bermandi darah
Begitu megah mata
memandang dusta
Masirah dalam amarah
Hilang kalam kebenaran
Kudrat alam hanya menjadi rebutan
Berbaris-barislah ke satu arah
Jangan sampai berpisah menyusun langkah
Mencari-cari erti kedamaian
Di dalam jiwa tersirat jawapan
Masirah anak al-Durrah
Netzarim lambang perjuangan
Kita menanti tangan pembelaan
Masirah dalam amarah
Hilang kalam kebenaran
Kudrat alam hanya menjadi rebutan
Masirah anak al-Durrah
Netzarim lambang perjuangan
Kita menanti tangan pembelaan
Masih menanti tangan pembelaan…
Lagu: M.Nasir
Lirik: S.Amin Shahab/ Puisi dalam bahasa Perancis oleh Tok Mat Sungai Congkak
Album: Phoenix Bangkit
Luncai Emas 2001

(Kredit to jiwarasa.wordpress.. nukilan ini dikongsi dari blog beliau siaran tahun 2006..trima kasih saudara)

Sabtu, 20 September 2014

Muzik Dan Aku

السلامعليکم

Salam sejahtera... kali nie nak kongsi sikit tentang minat saya dgn muzik... secara ringkasnya saya bukanlah pengkritik muzik yg bertauliah..tapi sekadar berkongsi apa yg saya minat berkenaan dgn muzik.. so kita bermula dari zaman saya dibangku sekolah.. jeng jeng jengggg..hahahaha...

Zaman Sekolah Rendah (1987-1992)
Zaman saya bersekolah adalah zaman kegemilangan rock... mmg pada masa itu zaman era muzik rock menjadi ikutan ramai org..x kira muda tua atau budak2 kecik mcm aku pada masa tu.. masa tu saya cukup minat dgn kumpulan Wings.. lagu berhantu mereka Taman Rashidah Utama mmg saya minat sgt.. ditambah lagi dgn wujudnya stesen tv swasta pertama negara masa itu yg menyiarkan rancangan berbentuk hiburan iaitu Muzik Muzik.. pada masa itu rancangan berbentuk pertandingan melalui pencalonan dan pemenang bulanan amat diminati di seluruh negara.. rata2 muzik yg dipertandingkan adalah dari genre rock..dan zaman ini terlalu banyaknya wujud kumpulan muzik rock.. antara yang berjaya menarik minat saya ketika itu :-

           1. Wings
           2. Search
           3. Dinamik
           4. Bumiputera Rockers (BPR)
           5. UG14 (popular dgn lagu Bunga Larangan)
           6. Sofea
           7. Iklim
           8. Putera (popular dgn lagu Kain Cinta Putih)
           9. Kriss (popular dgn lagu Tiara.. sori kalau ejaan silap)
          10. Laksamana (Gugurnya Bunga Cinta)
       
Dan banyak lagi yg saya lupa nama kumpulannya.. ada jugak penyanyi solo yg saya minat masa tu.. kalau tak silap nama dia Ben Nathan.. tajuk lagu pun dah lupa... masa tu saya minat jgak dgn Jamal Abdillah..tapi x brapa sgt la..hahaha.. saya lebih tertumpu kpd kumpulan rock.. mgkin saya terpengaruh dgn minat abg saya saudara Noriman..hahaha.. dia mmg minat kumpulan rock terutama wings..
     Saya masih ingat lagi dek kerana minatnya dia dgn kumpulan wings, dia pernah rekodkan lagu2 Wings dan jadikan lengkap satu album..hehehe.. lepas tu dia buat cover kaset sendiri..dgn tulisan Wings yg betul2 ikut corak tulisan kumpulan tersebut siap dgn kalernya skali.. syg sekali saya tiada simpanan gmbar kaset tersebut.. kaset tu pun dh hilang ntah ke mana.. antara koleksi album kumpulan wings yg abg saya ada masa tu kalau tak silap la :
1. Hukum Karma (1988)
gambar diorg berendam dlm air nampak kepala je..hahaha...
2. Jerangkung Dalam Almari (1991)
Album nie abg saya sempat beli sebelum album nie kena gam pihak berkuasa pada masa tu.. itu je yg saya ingat... lagu dlm album nie betul2 rock dgn susunan muziknya.. byk lagu yg mencabar vokal awie.. spti lagu Dalam Kehadiran Sofeah.. lagu nie ala2 blues tapi sapa yg terrer boleh la try nyanyi lagu nie kalau x tercirit..hahaha.. antara lagi lain popular dlm album ni ialah Aku Pun Tahu, Rock N Roll Lu Punya Suka, Awang Trasher, Kau Bukan Brader dan Tirai Horizon.. yg lain2 pun best jugak.. muzik dlm album nie mmg byk yg rock keras..ahahaha..

     Walaupun pada masa itu saya cukup minat dgn kumpulan rock dewasa, tapi dgn kehadiran kumpulan Exist pada tahun 1992 kalau x silap saya ketika itu telah menambah koleksi minat saya dgn kumpulan muzik budak2..ahahaha.sebab masa tu kalau x silap ahli kumpulan exist semuanya bebudak sekolah lagi... mmg menjadi kegilaan pada masa tu.. maka tenggelam seketika minat saya dgn rock2 yg dewasa tu..hehehe..
     Dengan penampilan yg lebih sopan berambut pendek masa tu menarik minat saya dgn kumpulan exist nie..lagipun  diorg pun budak2 sekolah jugak masa tu.. maka ramai la berangan nak jadik penyanyi mcm diorg termasuk la aku pada masa tu.. hahahaktuih..

Zaman Sekolah Menengah (1993-1997)
Masa saya tgkatan satu minat masih dgn rock.. tapi agak terbuka sikit dgn aliran muzik yg lain... dah nak dewasa kot masa nie..hahaha.. muncul kumpulan rap spti 4U2C popular dgn lagu Fiona..pergghhh... mmg menjadi kegilaan masa tu.. lepas tu muncul pulak KRU tapi saya agak terlewat meminati kumpulan KRU sebab album kedua baru saya perasan kewujudan kumpulan nih..ahaha.. album reKrued... masa nie jugak minat aliran rock x pernah padam... kumpulan wings yg dulunya bermasalah kerana album mereka digam (jerangkung dlm almari) muncul dgn projek terbaru mereka pada masa itu dgn gabungan kumpulan Search.. muncullah album Double Trouble.. pergghh... mmg betul2 rock album nie..hehehe.. antara yg popular dlm album nie spti Gemuruh (duet Awie dan Amy), Gema Di Lembah Inderaloka (Awie), Cakap Memang Murah (Amy) dan yg uniknya track 1 dlm album nie.. tajuk dia Intro.. rasanya inilah track yg pertama seumpanya kat Malaysia pada masa itu... rakaman diorg jamming dgn lagu dan lirik yg spontan..hahaha..tapi menarik..
        Masa saya tgkatan 2 hgga 5 (1994 & 1997)minat sudah beralih sedikit dgn lagu2 yg balada dan tgkap cintan.. masa nie lah munculnya kumpulan Ukays/U.K's...  hampir kesemua lagu2 kumpulan nie saya ingat pada masa itu.. punyalah minat.. dan utk pertama kalinya dlm hidup saya pada masa itu saya membeli album dlm bentuk CD! album Tajam Menikam.. nak beli album Bisa Berbisa.. tapi masa tu album kumpulan ukays nie terlalu cepat keluar yg baru.. jadi tpksa beli yg terbaru..hahaha..
      Pada masa itu jugk la bermulalanya zaman kegemilangan lagu2 ciptaan komposer Saari Amri.. asal ada je lagu yg Saari Amri gubah mmg saya minta masa tu (skrg pun..).. muncul byk kumpulan dibawah didikan Saari Amri pada masa tu.. yg saya ingat spti Sweet Child, Scan, Umbrella...slain tu ramai artis sedia ada mggunakan khdmt gubahan lagu Saari Amri spti Slam, Ziana Zain... agak tenggelam minat aliran rock saya pada masa itu.. irama balada terua saya minati sehingga ke zaman kolej saya..

Lewat 90an)
Pada masa ini minat dgn irama balada masih lagi bertapak..namun rock tetap dihati.. cuma masa ini tlalu ramai artis muncul dgn lagu2 balada.. agak tenggelam aliran rock.. sebelumnya kmpulan wings telah kehilangan vokalis utamanya Awie..yg mana menyaksikan Awie meninggalkan Wings utk beraksi solo dlm album tbarunya.. Wings tpksa mencari pgganti vokalis baru.. smntara bjumpa vokalis barunya,Wings sempat muncul dgn album Wings and Superfriend.. masa nie blaku tahun brapa saya x ingat.. tapi lewat 90an...
      Pada masa aliran muzik balada tgh menjdi pilihan, muncul pula lagu2 yg meleleh meliuk lintok.. kebnyakannya (mgkin smuanya..hehehe) gubahan komposer Eddie Hamid.. mmg menjadi percaturan brader Eddie Hamid.. saya sendiri turut terminat dgn lagu2 sedemikian pada masa itu.. (skrg jugak kot..hahaha).. masa itu muncullah kumpulan seperti spoon, scoin, scor... kumpulan Sting pada masa ini jgk popular dgn lagu2 gubahan Eddie Hamid.. masa ini tlalu byk lagu2 ciptaan Eddie Hamid berkumandang di corong2 radio.. antara lagu yg menjadi hits masa ini spti Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta (Spring), Rindu Serindu Rindunya (Spin), Dirantai Digelangi Rindu (Exists) termasuk la lagu nyanyian brader Eddie Hamid sendiri sprti lagu Buat Insan  Yang Tersayang (Duet)...
       Dek kerana lambakan lagu2 meleleh pada masa tersebut, muncullah DJ yg glamer pada masa itu yg gemar memasang lagu2 dan metal... yg mana irama metal ini sempat singgah sebentar menjadi kegilaan pada tahun 1997... DJ tersebut bernama Isma Halil Hamzah.. tentu ramai yg kenal terutama peminat metal spti xpdc..hahaha.. Isma Halil slalu bertugas pada mlm hjg mggu dari jam 12am hgga 3am kalau x silap.. saya pun slalu jgk layan radio masa nie... sggup kunci jam 12am semata2 nak dgr dj nie berceloteh..hahaha..kebanyakn lagu yg dia siarkan adalah yg berirama segar dan rancak..
       Pada masa ini minat saya dgn muzik telah lebih terbuka kepada aliran selain rock... pada awal alaf baru (2000) muncul kumpulan Spin.. masa nie saya mmg minat gila dgn kumpulan nie..hahaha... walaupun hanya 1 album Spin sahaja yg pernah saya beli pada masa tu.. kerana pada masa tersebut teknologi mp3 telah mula menular...hahaha..faham2 sajalah.. dgn mudah saja mendapatkan lagu2 dgn saiz fail yg kecil dan mudah disimpan... jadi agak jarang nak beli full album pada masa tersebut.. teknologi telah mengubah suasana industri muzik negara pada masa tersebut..
   
         Agak panjang post saya kali ini...hahaha.. rasanya berhenti stakat nie dulu.. byk lagi yg boleh dikongsi sebenarnya pasal muzik dan industri muzik tanahair nie...  cukup stakat nie dulu la.. nak taip pun rasanya tlalu byk..hahaha.. saja ja menulis...apa yg terlintas dan teringat difikiran zaman dulu2.... okeh..

Maaf kalau ada maklumat yg tidak tepat.. harap dibetulkan...


   

Ahad, 10 Ogos 2014

Ayam Goreng Rangup Ala2 KFC Gitu..

Salam... lama dh x update.. xde idea..hehe.. kali ni nak update pasal benda makan pulak... spti yg dh tertera kat entry, saya nak kongsikan resepi ayam goreng yg biasa saya dan isteri masak di rumah.. so, cekidot...

Ayam Goreng Rangup
Bahan2nya...
1. Ayam (kalau xde ayam bukan ayam goreng nama nya! hu3)
2. Tepung gandum
3. Tepung jagung
4. Serbuk cili
5. Serbuk cukup rasa maggi
6. Garam
7. Serbuk perasa (ajinomoto)
8. serbuk kunyit
9. Serbuk kari
10. Sebiji telur ayam
11. Minyak untuk menggoreng

Dari kiri: Cukup Rasa Maggi, serbuk kari, garam, Ajinomoto, tepung jagung, tepung gandum (yg merah tu serbuk cili)
Cara2 menyediakan rempah/tepung gorengan
1. Campurkan sekaligus tepung gandum dan tepung jagung (ikut nisbah 1:4) ke dlm mgkuk
2. masukkan juga sedikit serbuk cili ikut citarasa. Kalau nak pedas letak banyak, kalau xnak pedas letak sikit...
3. Kemudian campurkan dengan sedikit garam, ajinomoto, serbuk kunyit, dan Cukup Rasa Maggi.
4. Kesemua bahan2 ini digaulkan sehingga sebati.
5. Rasa sedikit campuran bahan2 tu setelah sebati. agak2 sudah cukup masinnya, pedasnya, kira ok dah tu..

Sebelum menggoreng:
1. Sediakan putih telur (sebiji pun cukup kalau ayam x byk)
2. Masukkan ayam ke dalam mangkuk yg berisi putih telur.

Menggoreng:
1. Ratakan ayam yg sudah dilumur dgn putih telur tadi dgn adunan rempah/tepung menggoreng sehingga rata.. pastikan tidak ada tertinggal pun bahagian ayam yg tidak dilapisi tepung.
2. Goreng spti biasa... pastikan minyak sudah dipanaskan sebelum menggoreng..

Tepung gandum yg sudah dicampur dgn serbuk cili, serbuk kari, garam, ajinomoto, serbuk cukup rasa maggi dan tepung jagung. sedia untuk digaul sehingga sebati.

Gaulkan ayam dgn putih telur (saya malas nak asingkan kuning telur.. bedal je campur sekali dgn kuning telur..hehehe) sebelum diratakan dgn tepung menggoreng.

Ayam yg sudah siap diratakan dgn tepung...
Sedia untuk digoreng!! Panaskan minyakkk!!hehehe
Operasi menggoreng tengah berlangsung..hehehe.. api jgn terlalu kuat, nanti isi ayam x masak sepenuhnya..bahagian luar je nampak masak.. api biar sedang2 gitu..hu3
yg satu tu jgn heran, kulit dia terkopak masa nak angkat dari kuali.. ganas sangat guna penyepit..ahaha..

Siap sudah.. ready untuk diratah..hehehe.. 

Okeh, tu je la resepi yg saya kongsi buat masa nie.. mencuba atas risiko anda sendiri..ahaha..yg nie saya buat/reka sendiri..tambah2 sikit resepi yg saya tgk dlm Asian Food Channel.. sesuaikan dgn bahan yg mudah diperolehi.. tapi rasanya memang sedap, rangup.. arum bulak kalah SugarBun.. hehehe.. selamat mencuba.. salam..

Isnin, 28 April 2014

Hidup Mesti Diteruskan

Salam dan selamat sejahtera...

Hari ini 28.04.2014... saya berada di kuaters skolah...tempat saya bekerja.. saya kembali semula bertugas di sini setelah beberapa bulan saya bertugas di Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia..

Perpindahan jawatan yang singkat namun memberi berbagai pengalaman pahit dan manis.. banyak pengajaran yang saya kutip sepanjang menempuh laluan perpindahan jawatan yg agak rumit dan memenatkan yang mana akhirnya menyaksikan saya kembali semula bertugas sebagai Pembantu Pengurusan Murid...

Pada mulanya saya amat bersedih dan merasa amat ralat sekali bila terjadi masalah berkenaan dengan perpindahan saya.. namun, setelah saya fikirkan semula, ada baiknya saya mengambil positif akan hal ini.. semua ini berlaku atas KehendakNya... setiap yg berlaku ada sebab dan tujuan... zahirnya, perpindahan saya ini 'gagal' kerana kesilapan saya sendiri yg kurang arif dgn tatacara pelepasan jawatan antara kementerian yg berlainan dan suruhanjaya yg berlainan.. maka dengan sebab itu perpindahan saya menjadi bermasalah.. tetapi setelah saya menerimanya dengan redha saya telah nampak betapa saya beruntung suatu ketika dahulu..di mana suasana kerja yg nyaman, rumah disediakan, isteri duduk serumah, makan minum terjaga..tetapi setelah berhijrah dengan kerja yg baru, semuanya berubah..saya terpaksa bertatih semula.. duduk seorang tanpa isteri di sisi, rumah menyewa, makan minum tidak menentu, perbelanjaan meningkat.. terdetik di hati, inikah yg saya inginkan dlm penghijrahan ini?!.. ditambah lagi dengan keadaan isteri yg kurang sihat..betapa dulu beruntungnya jika berada di sisi isteri..mudah untuk menjaga sakit pening isteri seandainya isteri di sisi..tapi jika berjauhan amat payah utk diungkapkan dgn kata2.. inikah juga yg saya inginkan dlm penghijrahan ini?!  Lantaran itu saya pujuk hati saya..tak apa lah.. kembali saja bertugas dgn jawatan yg lama.. x perlu berhijrah ke jawatan yg lain.. biarlah saya dgn apa yg saya ada skrg ini..malah saya bersyukur kerana diberi peluang sekali lagi utk merasa betapa beruntungnya bekerja bila isteri ada dekat di sisi..keluarga pun mudah menjenguk bila sakit pening.. rumah disediakan.. malah dpt menjenguk sekali sekala rumah yg sudah dibeli sejak hjg tahun lepas.. semuanya menjadikan hati saya kembali tenang bila memikirkan ini..

Jika saya tidak berhijrah dulu, mgkin sampai skrg saya tidak dpt merasakan betapa beruntungnya bila bekerja di sini... mgkin saya juga xkan dpt menghargai nikmat yg sudah diberi..kemudahan2 yg sedia ada.. benar kata org, berhijrahlah..mgkin ada sesuatu yg lebih baik menunggu kita... ya.. itu yg saya lakukan.. saya berhijrah..dan saya dpt merasa yg saya perlu bersyukur dgn apa yg saya ada.. berhijrah tidak semestinya kita akan terus disitu..mkin juga hijrah itu hanya ingin menunjukkan kepada kita betapa apa yg sudah kita ada sebelun ini perlu kita syukuri..

Saya bersyukur kerana skrg masih dpt bertugas seperti biasa sebagai Pembantu Pengurusan Murid...

Saya lebih menghargai apa yg saya miliki skrg.. alhamdulillah..

Selasa, 31 Disember 2013

Selamat Tahun Baharu 2014

Salam 1Malaysia.... selamat tahun baru 2014.. spti tahun2 yg sudah2 mesti ramai yg sambut tahun baru.. pegi event countdown kat bandar2 nak tgok pertunjukkan bunga api.. tapi rasanya bukan sekadar tgok bunga api, kalau saya lebih dari itu... saya suka tgok gelagat manusia yg bermacam2 ragam... ada yg dtg bawak kawan2..ada yg bawak 1 family, ada bawak pakwe, ada bawak makwe.. dan mcm2 ragam lagi..

Semalam bawak isteri pegi dataran Sibu tgok sambutan tahun baru kat sana... sebelum ni duduk rumah je time malam tahun baru..ehehe..

Bangunan Wisma Sanyan yg nampak berdiri megah dgn kilauan cahaya lampu... 
Tempat utama sambutan Malam Tahun Baru 2014 di Dataran Sibu

Dah mcm I-City plak...ahahaha.. mini I-City Sibu...hehehe..

Memang seronok tgk org ramai2 ni.. yg tak seronoknya ialah jalan akan jadi sesak... jadi, bersedialah utk berdepan dgn pelbagai kerenah pemandu kereta lain yg beraneka ragam...

masa nak balik malam tu (pagi dah sebenarnya...pagi tahun baru..hehehe) seperti biasa kereta akan bersesak sesak nak menuju destinasi masing2...(balik rumah le tu) saya perati je pemandu2 yg jenis x penyabar ni bawak kereta.. masing2 xnak mengalah... berhimpit2, jalan utk satu lorong kereta tiba2 jadi 2 lorong... kereta saya yg didepan pun ada yg sanggup nak potong dari belah kiri jalan... nasib baik tak berlanggar... yelah kan, kita slalu x prasan kalau ada kenderaan yg memotong kereta kita dari sebelah kiri... ada jugak kemalangan2 kecil... tercalar sana sini.. ini lagi menambahkan kesesakan lalulintas.. itu perkara biasa yg kita akan lihat bila ada event2 besar mcm nie..

sebenarnya banyak jugak gambar saya ambik wktu sambutan mlm tahun baru nie... kalau nak upload rasanya lebih kurang je kot suasana dia kat mana2 tmpat pun..  gambar bunga api pun sama je lat tempat2 lain...hehehe.. tgok la kalau saya rajin saya upload dlm post yg lain.. k, salam.. 

Sabtu, 16 November 2013

Hari Lahir

Salam.. hari nie dah 33 tahun aku hidup... hehehe..  16 November 1980...  semalam sambut besday berdua ngan isteri..

Taadaaa... hehehe.. farley marii..

Bukak hadiah time:-)

Trima kaseh isteriku:-) 

Khamis, 7 November 2013

Pembantu Pembangunan Masyarakat S17

salam... aritu saaya ada update pasal saya dapat temuduga Pembantu Pembangunan Masayarakat S17.. saya dah pegi tmuduga tu.. sekarang dah dpt pun keputusan temuduga.. ya, saya berjaya dalam temuduga tersebut dan skrg tgh tggu surat tawaran dan arahan melapor diri..
masalah nya sekrang saya dalam dilema.. skrg saya sudah bekerja sebagai Pembantu Pengurusan Murid N17 dengan tangga gaji P1T6.. persoalan yg timbul dlm kepala saya ialah mcmana dengan tangga gaji saya nanti sekiranya saya menerima tawaran Pembantu Pembangunan Masyarakat S17 nie.. adakah gaji saya berbalik semula P1T1?!.. kalau mcm tu memang susah  la saya nanti.. hutang pnjaman perumahan kalau diptong dgn tangga gaji P1T1 memang sesak la.. harap2 ada alternatif lain yg boleh membantu.. sebab saya memang nak sangat keluar dari jawatan yg saya ada skrg nie.. tambhan lagi jawatan saya skrg tidak ada kenaikan pangkat.. sampai pencen la gred n17.. sebab tu saya mohon jawatan lain yg ada kenaikan pgkat skrg2nya gred lebih dari 17...
dalam dilema skrg...