Selasa, 9 Disember 2014

Masirah - Muhammad Al-Durrah

Ingat lagi kisah berdarah di Netzarim? Kisah Muhammad Al-Durrah dan ayahnya Jamal Al-Durrah yang ditembak semasa pertempuran? Tak Ingat? Sudah lupa?
Muhammad Al-Durrah masih berumur 12 tahun ketika syahid ditembak Rejim Israel 14 tahun yang lalu. Peristiwa 30 September 2000 itu telah menggemparkan dan rakaman fotonya tersebar ke seluruh dunia.
Pagi itu Muhammad al-Durrah mengikut ayahnya keluar ke bandar. Malangnya tiba di satu persimpangan jalan di Netzarim, mereka terperangkap dalam pertempuran antara pihak berkuasa Palestin dan Israel yang sedang berbalas tembakan. Jamal cuba melindungi anaknya lalu berlindung dibalik tembok bangunan. Selama 45 minit jeritannya meminta pertolongan tidak dihiraukan. Muhammad terkena tembakan di kaki. Akhirnya Muhammad Al-Durrah terkorban di riba ayahnya setelah terkena empat tembakan peluru. Jamal juga cedera parah walaupun berjaya diselamatkan selepas menjalani rawatan kecemasan di Jordan.

Kejadian ini berjaya dirakam oleh jurufoto France 2 yang berjaya merakam 27 minit dari kejadian tersebut. Imej ini akhirnya tersebar ke seluruh dunia dan menjadi bukti kekejaman Zionis Israel.
Rejim Israel seperti biasa dengan berbeli-belit, mahu berlepas tangan. Berbagai tuduhan dilemparkan. Sehingga direka cerita bahawa tragedi itu hanyalah sebuah lakonan untuk menarik simpati. Yang peliknya ada juga yang percaya. Betapa besarnya pengaruh rejim Israel. Semua media memainkan propaganda jahat Zionis.
Sehingga kehari ini, peristiwa itu terus menjadi igauan ngeri buat keluarga Al-Durrah. Zionis mungkin lupa. Dunia akan lupa. Namun meraka akan sentiasa ingat. Mereka tidak akan lupa. Jamal Al-Durrah berkata, kematian anaknya tidak sia-sia. Muhammad al-Durrah syahid demi Al-Aqsa. Amal, ibunya menambah, perginya Muhammad adalah satu pengorbanan mereka untuk tanahair tercinta, Palestin.
Kisah di Netzarim ini turut diabadikan dalam album Phoenix Bangkit karya M Nasir.Lagu bertajuk Masirah ciptaan M Nasir dan lirik oleh S Amin Shahab cuba berkongsi rasa penderitaan sebuah bangsa. Kebetulan.
Sudah lupakah dunia akan kisah berdarah ini. Berapa ramai lagi Ad Durrah yang akan terkorban sebelum dunia berbuat sesuatu?
Suara duka angin Gazza
Gegar jantung bumi kita
Nyawa anak di hujung senjata
Tangisan bonda hanya sia-sia
Masirah anak al-Durrah
Netzarim bermandi darah
Begitu megah mata
memandang dusta
Masirah dalam amarah
Hilang kalam kebenaran
Kudrat alam hanya menjadi rebutan
Berbaris-barislah ke satu arah
Jangan sampai berpisah menyusun langkah
Mencari-cari erti kedamaian
Di dalam jiwa tersirat jawapan
Masirah anak al-Durrah
Netzarim lambang perjuangan
Kita menanti tangan pembelaan
Masirah dalam amarah
Hilang kalam kebenaran
Kudrat alam hanya menjadi rebutan
Masirah anak al-Durrah
Netzarim lambang perjuangan
Kita menanti tangan pembelaan
Masih menanti tangan pembelaan…
Lagu: M.Nasir
Lirik: S.Amin Shahab/ Puisi dalam bahasa Perancis oleh Tok Mat Sungai Congkak
Album: Phoenix Bangkit
Luncai Emas 2001

(Kredit to jiwarasa.wordpress.. nukilan ini dikongsi dari blog beliau siaran tahun 2006..trima kasih saudara)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan