Khamis, 7 November 2013

Pembantu Pembangunan Masyarakat S17

salam... aritu saaya ada update pasal saya dapat temuduga Pembantu Pembangunan Masayarakat S17.. saya dah pegi tmuduga tu.. sekarang dah dpt pun keputusan temuduga.. ya, saya berjaya dalam temuduga tersebut dan skrg tgh tggu surat tawaran dan arahan melapor diri..
masalah nya sekrang saya dalam dilema.. skrg saya sudah bekerja sebagai Pembantu Pengurusan Murid N17 dengan tangga gaji P1T6.. persoalan yg timbul dlm kepala saya ialah mcmana dengan tangga gaji saya nanti sekiranya saya menerima tawaran Pembantu Pembangunan Masyarakat S17 nie.. adakah gaji saya berbalik semula P1T1?!.. kalau mcm tu memang susah  la saya nanti.. hutang pnjaman perumahan kalau diptong dgn tangga gaji P1T1 memang sesak la.. harap2 ada alternatif lain yg boleh membantu.. sebab saya memang nak sangat keluar dari jawatan yg saya ada skrg nie.. tambhan lagi jawatan saya skrg tidak ada kenaikan pangkat.. sampai pencen la gred n17.. sebab tu saya mohon jawatan lain yg ada kenaikan pgkat skrg2nya gred lebih dari 17...
dalam dilema skrg...

28 ulasan:

  1. salam.. nak tanya saya ada baca tentang komen awk dlm blog yg sy jumpa psl jawatan ni. saya juga dlm proses penjadualan temuduga oleh spa untuk jawatan ni. sy juga ada mslh yg sama dgn awk yg mna sekarang ni sy sdh berkhidmat sebagai pembantu tadbir n17 di sekolah hampir 5 tahun dan telah disahkan dalam perkhidmatan. apakah soalan provok yg ditanya ketika temuduga dan perlu ke bawak salinan brp masa interviu. bagaimana dengan pelarasan gaji.

    BalasPadam
  2. Krezy.. salam.. soalan yg ditanya kpd saya tmpohari :-
    1. Kenapa mintak kerja ini, awak sudah ada kerja tetap dan sudah disahkan dlm jawatan...?!
    2. Awak sudah berada dlm zon selesa, kenapa mahu bermula semula dgn kerja/jawatan yg baru?!
    3. Jawatan awak skrg sudah ada kenaikan gred lebih tggi selain N17, kenapa sggup ambil kerja/jawatan yg dlm gred yg sama (17) walaupun berlainan kod (N ke S)?!

    Ada lagi yg lain.. saya dh x ingat.. saya dah bkeja sebagai Pembantu pembangunan masyarakat skrg.. tapi masih bermasalah dgn penyelarasan gaji.. gaji saya masih blum masuk.. nasib baik gaji saya skrg masih dibayar majikan lama saya (kementerian pelajaran)... walaupun surat tawaran saya ada ditulis gaji diberi kenaikan satu tangga dari gaji semasa saya (P1T6 naik ke P1T7)...

    BalasPadam
  3. apapun tahniah sbb dh dapat jawatan tu. skrg ni tunggu panggilan temuduga dari SPA. gaji msh diuruskan oleh majikan lama dlm tempoh 3 bulan kerana kebiasaan payroll 3 bulan ke hadapan dihantar ke akauntan negara. tp lepas ni awk akan dapat pelarasan balik. bila majikan lama keluar lpc baru boleh majikan baru bayar. perlu x bawa salinan buku perkhidmatan masa interviu? skrg ni awk bekerja dkt mana? macam mana perbezaan suasana bekerja lama dgn baru?

    BalasPadam
  4. Saya skrg di Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia Daerah Rompin... byk sangat bezanya keja dulu dan skrg..hehehe... dulu keja ikut shif.. skrg keja opis hour.. tapi keja mmg byk...biasa la keja, mana2 pun sama.. xda keja yg senang...tpulang pada diri sendiri..

    Masa tmuduga xperlu bawak buku rekod pkhdmatan.. just bawak surat pengesahan pegawai dari ketua majikan... salinan markah lnpt perlu dibawa jugak..mempengaruhi tmuduga jugak tu...

    BalasPadam
  5. SALAM...nak tanya saya pun bekerja sebagai pembantu tadbir n17 selama 5 tahun boleh x bagi sedikit info atau jawapan daripada soalan berikut:-
    1. Kenapa mintak kerja ini, awak sudah ada kerja tetap dan sudah disahkan dlm jawatan...?!

    2. Awak sudah berada dlm zon selesa, kenapa mahu bermula semula dgn kerja/jawatan yg baru?!
    3. Jawatan awak skrg sudah ada kenaikan gred lebih tggi selain N17, kenapa sggup ambil kerja/jawatan yg dlm gred yg sama (17) walaupun berlainan kod (N ke S)?!
    harap saudara dapat berkongsi memberi sedikit info dan jawapan berkenaan soalan berikut untuk panduan semasa menghadiri temuduga nanti.

    BalasPadam
  6. betul tu saudara khairol. kalau tt boleh senaraikan jawapan tu sebagai panduan. saya masih lg tgh mereka ayat untuk jawapan di atas.

    saudara khairol skrg ni bekerja di mana? ambilan spp mcm sy jg ke? bila akan hadir temuduga jawatan ni?

    BalasPadam
  7. Salam... maaf, baru ada kesempatan utk menulis...

    1. Saya memilih utk jawatan s17 ini sebab saya ingin mengembangkan kerjaya saya dlm pkhdmatan awam.. s17 ini ada kenaikan sehingga lebih 22.. smntara jawtan saya skrg cuma ada stakat 33 shja.. jawatan saya dulu adalah pembantu pengurusan murid n17..

    2. Zon selesa kdg kala mmbuatkan kita leka utk mengembangkan bakat dan kemampuan.. jadi apa salahnya saya mencuba sesuatu yg baru... hehehe.. pandai2 la nanti jawab balik kalau penemuduga bijak nak provoke balik pendapat kita.. cuba carik awal2 jawapan..hu3

    3. Yg ketiga nie sebenarnya berkaitan dgn yg ptama tadi.. lebih kurang je..

    Dan apa2 pun tujuan anda nak mohon jawayan s17 nie tpilang kpd anda sendiri.. tepuk dada tanya akal dan hati anda sendiri... jgn tanya pad akal sahaja.. akal tanpa hati akan menjadikankl kita seorg yg tlalu materialistik.. dan jgn pula hanya tanya pada hati, ikut hati mati bak kata pepatah.... betulkan saya kalau saya silap..hu3..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf, pembetulan utk jawapan saya yg point 1 tu.. bukan 33 ye.. 22 je gred jawatan saya sebelum dpr jawatan s17 nie.. maafkan saya..

      Padam
    2. alam.. sekadar perkongsian... skrg saya menjawat jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S17 di jabatan kemajuan org asli malaysia...

      Dalam hidup ini adakalanya kita perlu berhijrah utk mendapatkan sesuatu yg boleh menjadikan kehidupan kita semakin baik..tidak banyak, sedikit pun sudah cukup memadai... itu yg membuatkan saya tergerak hati utk mencuba tmuduga pembantu pembangunan masyarakat s17 nie.. dan dengan izin Allah saya bjaya utk mendpt jawatan ini... skrh saya sudah dua bulan lebih menjadi pembantu pembangunan masyarakat s17 ini...

      Apa yg saya dpt? Saya dpt kenal ramai org dgn pelbagai karakter..maklum, saya dari jauh..sarawak.. skrg bkeja di semenanjung malaysia... jadi, semakin luas pemandanga saya, btmbah pengalaman yg tidak hanya bertumpu kepda soal kerjaya sahaja.. malah yg lebih berharga lagi adalah saya dpt mengenal diri saya sendiri.. di mana saya, siapa saya di mata sahabat, apa yg sebenarnya saya cari di sini..
      Dan sepanjang dua bulan lebih saya berada di sini telah berlaku bermacam situasi yg saya boleh katakan di sini sebagai ujian yg Allah dtgkan kepada saya..

      Ptamanya, sudah tentulah ujian/dugaan berjauhan dgn keluarga.. saya sudah berkahwin..tapi belim ada chaya mata... sudah dua tahun saya brumahtangga... isteri saya masih berada di sarawak..kerana kekangan kewangan, tmpat tggal yg masih belum menentu di sini..

      Dugaan yg lain, bila saya berada di sini saya mula dpt mengesan yg saya ada 'penyakit'.. kesihatan saya merosot dgn tiba2.. sakit bdn, muntah2 dan cirit birit.. namun saya lalui juga dgn semngat ingin merubah nasib keluarga yg sudah dibina agar lebih selesa dikemudian nanti.. belum cukup dgn itu, saya dikejutkan dgn berita isteri saya mendpt penyakit misteri... tak perli saya ceritakan disini apa penyakitnya cuma cukuplah saya katakan yg isteri saua mendpt penyakit yg perlu melalui prosedur pembedahan..

      Cuba anda bayangkan bagaimana perasaan saya ketika itu.. isteri yg berada jauj di seberang(sarawak) sana sedang sakit dan kita tidak berada di sisinya.. hati suami mana yg tak runsing... saya tempuhi dugaan itu, saya berusaha utk balik bercuti menemani isteri yg akan menjalani pembedahan..
      Skrg saya sudah kembali semula bertugas dan isteri saya masih lagi dijaga ibu bapa mertua saya di sarawak....

      Dan skrg... dtg lagi satu dugaan ke atas diri saya...berkenaan dgn kerja, jawatan yg saya pegang sekarang... saya mendapat tahu yg Pelepasan Jawatan Dengan Izin saya dari jawatan lama telah ditolak... kerana tidak melalui prosedur yg betul... ini betul2 pengajaran yg perlu semua ambik perhatian..trutama yg sudah bkeja dgn pkhdmatan awam dan ingin btukar jawatan....

      Jadi skrg saya masih lagi pegawai di jabatan/kementerian lama saya..lantikan spp... patutlah gaji saya di sini tidak masuk2..dan masih lagi dibayar majikan lama dgn gaji yg dipotong elaun rumah.. cuba anda bayangkan apa yg perlu saya tanggung sepanjag disini, dgn sewa rumah, makan minum, nafkah isteri, ibu ayah, potongan pinjaman perumahan..semua itu saya tanggung dgn gaji yg masih sama seperti dulu bezanya skrg saya septutnya ada elaun rumah sebab tidak menduduki kuaters kerajaan.. tapi disebabkan gaji saya masih dibayar majikan lama, saya dipotong elaun rumah kerana dulu saya duduk di kuaters kerajaan...

      Setelah saya berfikir pjg dan hampir setiap hari saya penin dan sakit kepala dgn masalah2 ini, terdetik di hati saya utk saya kembali semula ke jawatan lama saya..kalau beginilah apa yg saya hadapi dan temui di sini.. biarlah tidak ada kenaikan pgkat yg tggi, asalkan hati saya tenang bila isteri ada disebelh utk saya jaga sakit peningnya.

      Padam
  8. sy memahami dan bersimpati dengan dugaan yg awk lalui. awk cakap permohonan awk ditolak sebab tidak melalui prosedur dengan betul. macam mana awk mohon dahulu? masa pergi interviu ada buat Pengesahan Ketua Jabatan (Lampiran A) mengikut pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bil 2/2004?

    Masa dapat surat tawaran tu awak ada mohon pelepasan jawatan mengikut pekeliling perkhidmatan bil 10/2011.

    BalasPadam
  9. Semuanya saya ada buat.. cuma silap saya tentang Pelepasan Jawatan Dengan Izin... saya sepatutnya melalui guru besar sekolah tempat saya bertugas.. tapi saya buat melalui PPD tmoat saya bertugas... itu saja.. mungkin takdir Allah nak bagi saya fikir dan rasa duku bkerja di tmpatt baru ini.. jadi itulah yg saya lalui sepanjang dua bulan ini...

    Dan sudah saya nampak, btapa beruntungnya saya dahulu... walaupun gaji lebih kecil berbanding tawaran gaji utk jawatan baru ini (s17).. dulu gaji saya rm1437.62.. bila dpt jawatan baru nie (s17) saya ditawarkan gaji baru dgn dinaikkan satu tangga gaji maka jadilah gaji saya di sini (yg x masuk2 samoai skrg) rm1533..

    Skrg barulah saya merasainya..hanya perbezaan rm95 itu mgkin besar pada pdgan saya dulu.. tpi skrg ckp sudah saya rasa dan nampak..mmg tidak ckup dgn keadaan saya skrg yg perlu berulang alik utk menjenguk isteri yg sakit.. keluarga lebih penting, duit boleh dicari.. saya xnak gadaikan keluarga saya dgn hanya kenaikan rm95 itu.. itu la silap saya dulu..mgkin itulah juga hikmahnya saya berhijrah, utk merasai sendiri btapa kputusan btukar jawatan ini adalah silap bagi diri saya..(bagi diri saya dan bukan bagi org lain..keadaan kita masing2 berbeza..)

    BalasPadam
  10. Terima kasih saudara azmiey diatas penerangan tentang soalan dan sedikit pkongsian ilmu...apa saudara azmiey sy memahami situasi nk masalah saudara azmiey..apa-apa diharap saudara banyak bersabar dengan ujian dan dugaan.

    BalasPadam
  11. Pada saudara kery saya pun keja pembantu tadbir di sekolah lantikan spp jgk..mcm mn persiapan awk nk intiview..sy akan hadir intiview pada 10.4 nie di kuantan..awk kery bila tarikh interview

    BalasPadam
  12. saudara khairol, sy akan interview esk 08.04 di k.bharu. kuantan bertugas di sekolah mana?

    BalasPadam
  13. saya bertugas di bera pahang di sek keb bukit gemuruh...esok awk gi intiview boleh la berkongsi soalan yang di tanya oleh penemuduga...macam contoh soalan yang di atas dah ade jawapan ke harap dapat membantu krezy dan berkongsi sedikit ilmu.

    BalasPadam
  14. Gud luck utk yg akan iv esok...

    BalasPadam
  15. terima kasih saudara Azmiey. sesi saya telah selesai semalam dan alhamdulillah x banyal soalan soalan yang ditanya. hanya soalan2 provok dan isu semasa sahaja.

    BalasPadam
  16. Sedihnya sebab tidak berjaya untuk kali yang kedua =(

    BalasPadam
  17. Khilairul anwar, bersabar... rezki belum ada.. truskan usaha, sabar dan tawakkal.. saya dulu pun byk kali pegi tmuduga jwtan krjaan..umut saya masuk 27thun baru dpt keja gomen..

    BalasPadam
  18. Assalamuhalaikum....sy dah terima tawaran jawatan dari spa berkenaan tetang jawatan ppm s17 dari 22 mei 2014....agak2 berapa lama harus kita tunggu surat dari jpa?....sampai sekarang ni x dapat2...sy nak tahu pengalaman dari otai d sini...hehehehe..surat spa dari jabatan perpaduan negara dan intigrasi nasional..

    BalasPadam
    Balasan
    1. jabatan akan call terus, saya baru sahaja dapat panggilan dari JKM minggu depan 19/9/2014 akan lapor diri, surat akan menyusul kemudian

      Padam
  19. salam en azmiey..saya telah menerima tawaran jawatan sebagai pembantu pembangunan masyarakat gred s17 ...sy nak tanya kepada saudara en azmiey skrg jawatan sy skrg sebagai Pembantu Tadbir n17...so skrg sy nak tanya perlukah sy buat surat akauan sumpah dan medical check up semula untuk jawatan PPM S17 nie...saya nak awak guna borang ape untuk melepaskan jawatan saya skrg sbg pembantu tadbir...mohon dapat kongsikan bersama..

    BalasPadam
  20. akum..sapa disini dah dpt surat tawaran dari jkm? yg dari spa sy dapat dah 23/8/2015....

    BalasPadam
  21. jawatan pembantu pembangunan masyarakat s17

    BalasPadam
  22. jawatan pembantu pembangunan masyarakat s17

    BalasPadam
  23. akum..sapa disini dah dpt surat tawaran dari jkm? yg dari spa sy dapat dah 23/8/2015....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  24. Jamal Taram kau dah dapat ke surat penempatan dari JKM?

    BalasPadam