Sabtu, 20 September 2014

Muzik Dan Aku

السلامعليکم

Salam sejahtera... kali nie nak kongsi sikit tentang minat saya dgn muzik... secara ringkasnya saya bukanlah pengkritik muzik yg bertauliah..tapi sekadar berkongsi apa yg saya minat berkenaan dgn muzik.. so kita bermula dari zaman saya dibangku sekolah.. jeng jeng jengggg..hahahaha...

Zaman Sekolah Rendah (1987-1992)
Zaman saya bersekolah adalah zaman kegemilangan rock... mmg pada masa itu zaman era muzik rock menjadi ikutan ramai org..x kira muda tua atau budak2 kecik mcm aku pada masa tu.. masa tu saya cukup minat dgn kumpulan Wings.. lagu berhantu mereka Taman Rashidah Utama mmg saya minat sgt.. ditambah lagi dgn wujudnya stesen tv swasta pertama negara masa itu yg menyiarkan rancangan berbentuk hiburan iaitu Muzik Muzik.. pada masa itu rancangan berbentuk pertandingan melalui pencalonan dan pemenang bulanan amat diminati di seluruh negara.. rata2 muzik yg dipertandingkan adalah dari genre rock..dan zaman ini terlalu banyaknya wujud kumpulan muzik rock.. antara yang berjaya menarik minat saya ketika itu :-

           1. Wings
           2. Search
           3. Dinamik
           4. Bumiputera Rockers (BPR)
           5. UG14 (popular dgn lagu Bunga Larangan)
           6. Sofea
           7. Iklim
           8. Putera (popular dgn lagu Kain Cinta Putih)
           9. Kriss (popular dgn lagu Tiara.. sori kalau ejaan silap)
          10. Laksamana (Gugurnya Bunga Cinta)
       
Dan banyak lagi yg saya lupa nama kumpulannya.. ada jugak penyanyi solo yg saya minat masa tu.. kalau tak silap nama dia Ben Nathan.. tajuk lagu pun dah lupa... masa tu saya minat jgak dgn Jamal Abdillah..tapi x brapa sgt la..hahaha.. saya lebih tertumpu kpd kumpulan rock.. mgkin saya terpengaruh dgn minat abg saya saudara Noriman..hahaha.. dia mmg minat kumpulan rock terutama wings..
     Saya masih ingat lagi dek kerana minatnya dia dgn kumpulan wings, dia pernah rekodkan lagu2 Wings dan jadikan lengkap satu album..hehehe.. lepas tu dia buat cover kaset sendiri..dgn tulisan Wings yg betul2 ikut corak tulisan kumpulan tersebut siap dgn kalernya skali.. syg sekali saya tiada simpanan gmbar kaset tersebut.. kaset tu pun dh hilang ntah ke mana.. antara koleksi album kumpulan wings yg abg saya ada masa tu kalau tak silap la :
1. Hukum Karma (1988)
gambar diorg berendam dlm air nampak kepala je..hahaha...
2. Jerangkung Dalam Almari (1991)
Album nie abg saya sempat beli sebelum album nie kena gam pihak berkuasa pada masa tu.. itu je yg saya ingat... lagu dlm album nie betul2 rock dgn susunan muziknya.. byk lagu yg mencabar vokal awie.. spti lagu Dalam Kehadiran Sofeah.. lagu nie ala2 blues tapi sapa yg terrer boleh la try nyanyi lagu nie kalau x tercirit..hahaha.. antara lagi lain popular dlm album ni ialah Aku Pun Tahu, Rock N Roll Lu Punya Suka, Awang Trasher, Kau Bukan Brader dan Tirai Horizon.. yg lain2 pun best jugak.. muzik dlm album nie mmg byk yg rock keras..ahahaha..

     Walaupun pada masa itu saya cukup minat dgn kumpulan rock dewasa, tapi dgn kehadiran kumpulan Exist pada tahun 1992 kalau x silap saya ketika itu telah menambah koleksi minat saya dgn kumpulan muzik budak2..ahahaha.sebab masa tu kalau x silap ahli kumpulan exist semuanya bebudak sekolah lagi... mmg menjadi kegilaan pada masa tu.. maka tenggelam seketika minat saya dgn rock2 yg dewasa tu..hehehe..
     Dengan penampilan yg lebih sopan berambut pendek masa tu menarik minat saya dgn kumpulan exist nie..lagipun  diorg pun budak2 sekolah jugak masa tu.. maka ramai la berangan nak jadik penyanyi mcm diorg termasuk la aku pada masa tu.. hahahaktuih..

Zaman Sekolah Menengah (1993-1997)
Masa saya tgkatan satu minat masih dgn rock.. tapi agak terbuka sikit dgn aliran muzik yg lain... dah nak dewasa kot masa nie..hahaha.. muncul kumpulan rap spti 4U2C popular dgn lagu Fiona..pergghhh... mmg menjadi kegilaan masa tu.. lepas tu muncul pulak KRU tapi saya agak terlewat meminati kumpulan KRU sebab album kedua baru saya perasan kewujudan kumpulan nih..ahaha.. album reKrued... masa nie jugak minat aliran rock x pernah padam... kumpulan wings yg dulunya bermasalah kerana album mereka digam (jerangkung dlm almari) muncul dgn projek terbaru mereka pada masa itu dgn gabungan kumpulan Search.. muncullah album Double Trouble.. pergghh... mmg betul2 rock album nie..hehehe.. antara yg popular dlm album nie spti Gemuruh (duet Awie dan Amy), Gema Di Lembah Inderaloka (Awie), Cakap Memang Murah (Amy) dan yg uniknya track 1 dlm album nie.. tajuk dia Intro.. rasanya inilah track yg pertama seumpanya kat Malaysia pada masa itu... rakaman diorg jamming dgn lagu dan lirik yg spontan..hahaha..tapi menarik..
        Masa saya tgkatan 2 hgga 5 (1994 & 1997)minat sudah beralih sedikit dgn lagu2 yg balada dan tgkap cintan.. masa nie lah munculnya kumpulan Ukays/U.K's...  hampir kesemua lagu2 kumpulan nie saya ingat pada masa itu.. punyalah minat.. dan utk pertama kalinya dlm hidup saya pada masa itu saya membeli album dlm bentuk CD! album Tajam Menikam.. nak beli album Bisa Berbisa.. tapi masa tu album kumpulan ukays nie terlalu cepat keluar yg baru.. jadi tpksa beli yg terbaru..hahaha..
      Pada masa itu jugk la bermulalanya zaman kegemilangan lagu2 ciptaan komposer Saari Amri.. asal ada je lagu yg Saari Amri gubah mmg saya minta masa tu (skrg pun..).. muncul byk kumpulan dibawah didikan Saari Amri pada masa tu.. yg saya ingat spti Sweet Child, Scan, Umbrella...slain tu ramai artis sedia ada mggunakan khdmt gubahan lagu Saari Amri spti Slam, Ziana Zain... agak tenggelam minat aliran rock saya pada masa itu.. irama balada terua saya minati sehingga ke zaman kolej saya..

Lewat 90an)
Pada masa ini minat dgn irama balada masih lagi bertapak..namun rock tetap dihati.. cuma masa ini tlalu ramai artis muncul dgn lagu2 balada.. agak tenggelam aliran rock.. sebelumnya kmpulan wings telah kehilangan vokalis utamanya Awie..yg mana menyaksikan Awie meninggalkan Wings utk beraksi solo dlm album tbarunya.. Wings tpksa mencari pgganti vokalis baru.. smntara bjumpa vokalis barunya,Wings sempat muncul dgn album Wings and Superfriend.. masa nie blaku tahun brapa saya x ingat.. tapi lewat 90an...
      Pada masa aliran muzik balada tgh menjdi pilihan, muncul pula lagu2 yg meleleh meliuk lintok.. kebnyakannya (mgkin smuanya..hehehe) gubahan komposer Eddie Hamid.. mmg menjadi percaturan brader Eddie Hamid.. saya sendiri turut terminat dgn lagu2 sedemikian pada masa itu.. (skrg jugak kot..hahaha).. masa itu muncullah kumpulan seperti spoon, scoin, scor... kumpulan Sting pada masa ini jgk popular dgn lagu2 gubahan Eddie Hamid.. masa ini tlalu byk lagu2 ciptaan Eddie Hamid berkumandang di corong2 radio.. antara lagu yg menjadi hits masa ini spti Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta (Spring), Rindu Serindu Rindunya (Spin), Dirantai Digelangi Rindu (Exists) termasuk la lagu nyanyian brader Eddie Hamid sendiri sprti lagu Buat Insan  Yang Tersayang (Duet)...
       Dek kerana lambakan lagu2 meleleh pada masa tersebut, muncullah DJ yg glamer pada masa itu yg gemar memasang lagu2 dan metal... yg mana irama metal ini sempat singgah sebentar menjadi kegilaan pada tahun 1997... DJ tersebut bernama Isma Halil Hamzah.. tentu ramai yg kenal terutama peminat metal spti xpdc..hahaha.. Isma Halil slalu bertugas pada mlm hjg mggu dari jam 12am hgga 3am kalau x silap.. saya pun slalu jgk layan radio masa nie... sggup kunci jam 12am semata2 nak dgr dj nie berceloteh..hahaha..kebanyakn lagu yg dia siarkan adalah yg berirama segar dan rancak..
       Pada masa ini minat saya dgn muzik telah lebih terbuka kepada aliran selain rock... pada awal alaf baru (2000) muncul kumpulan Spin.. masa nie saya mmg minat gila dgn kumpulan nie..hahaha... walaupun hanya 1 album Spin sahaja yg pernah saya beli pada masa tu.. kerana pada masa tersebut teknologi mp3 telah mula menular...hahaha..faham2 sajalah.. dgn mudah saja mendapatkan lagu2 dgn saiz fail yg kecil dan mudah disimpan... jadi agak jarang nak beli full album pada masa tersebut.. teknologi telah mengubah suasana industri muzik negara pada masa tersebut..
   
         Agak panjang post saya kali ini...hahaha.. rasanya berhenti stakat nie dulu.. byk lagi yg boleh dikongsi sebenarnya pasal muzik dan industri muzik tanahair nie...  cukup stakat nie dulu la.. nak taip pun rasanya tlalu byk..hahaha.. saja ja menulis...apa yg terlintas dan teringat difikiran zaman dulu2.... okeh..

Maaf kalau ada maklumat yg tidak tepat.. harap dibetulkan...